PENGENALAN DAN FUNGSI

KELAB BIMBINGAN DAN KERJAYA (kbdk)

Seperti diungkap dalam 2 perkataan berbeza bimbingan dan kerjaya seakan serampang 2 mata iaitu mempunyai 2 tugas berbeza.  Tanpa perkataan kaunseling yang telah digugurkan, kbdk mempunyai tujuan iaitu dengan memberikan sokongan pada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.  Di samping itu, ahli-ahli kelab diberikan pendedahan tentang fungsi dan peranan Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, mereka juga mendapat pendedahan tentang peluang melanjutkan pelajaran dan pendidikan kerjaya.

Antara aktiviti-aktiviti yang disarankan adalah seperti berikut:-
  1. membantu,  mengemas dan menyusun atur bilik bimbingan dan kaunseling.
  2. mengadakan aktiviti berkaitan peluang belajar dan kerjaya seperti lawatan kerjaya, minggu kerjaya, pameran kerjaya serta pertandingan berkaitan kerjaya.
  3. mengumpul maklumat kerjaya dan pendidikan dengan menghubungi pihak-pihak luar ataupun membuat keratan akbar bagi tujuan pengumpulan maklumat dalam bentuk buku skrap ataupun maklumat berkomputer.
  4. mengemas kini, mempamer dan menyimpan maklumat secara sistematik.
  5. mendokumenkan segala aktiviti yang dijalankan dalam bentuk minit mesyuarat ataupun laporan aktiviti kelab

TUGAS PENASIHAT kbdk

1. Merancang, menyelia dan melaksanakan program dan juga aktiviti kbdk

2. Menubuhkan kelab
a) mencari dan memilih ahli kelab
b) mengadakan mesyuarat agung
c) menentukan dasar atau perlembagaan kelab

3. Memastikan aktiviti kelab berjalan lancar
a) AJK menjalankan mesyuarat
b) Menjalankan aktiviti kelab

4. Menggalakkan dan memastikan ahli kelab menyertai aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

5. Bertindak secara langsung sebagai fasilitator dalam urusan kursus-kursus, pameran atau kempen yang dijalankan.

6. Menyelaras penggunaan Buku Panduan Kerjaya.

7. Membuat penilaian program kelab.

8.Menilai dan membuat laporan keberkesanan program kerjaya peringkat sekolah.

2 comments: